Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :

  •  Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain;
  • Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat; 
  • Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka; 
  • Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat;
  • Memberi khidmat nasihat / kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka.
  • Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat; 
  • Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kolej komuniti; dan