pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia

Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya saya berpeluang meneraju sebuah kolej metropolitan yang penuh dengan cabaran ini. Dalam memastikan pelajar Kolej Komuniti Selayang mampu berdaya saing di pasaran maka dengan itu sepanjang tahun 2016 ini, pelbagai program telah dirangka bagi memastikan para pelajar Kolej Komuniti Selayang sentiasa memenuhi keperluan industri dan tuntutan pasaran pekerjaan.Beberapa siri dialog bersama kapten industri akan dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi mendapatkan input untuk memperkasakan kurikulum dan program latihan kemahiran yang ditawarkan supaya sentiasa relevan dengan perubahan terkini di industri. Program kolaborasi strategik industri dan Kolej Komuniti Selayang juga telah dirancang bagi mendapatkan impak yang lebih besar.
Industri merupakan enjin penggerak utama kepada pembangunan sesebuah negara. Dalam merealisasikan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB), negara perlu menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berinovasi dan kompeten dalam bidang-bidang strategik yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan jentera pembangunan industri. Seiring matlamat ini, Kolej Komuniti Selayang akan mempergiatkan program-program kolaborasi yang dapat menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dengan keperluan majikan dan industri.
Justeru itu, seluruh warga Kolej Komuniti Selayang akan berpadu tenaga dalam memberikan komitmen yang jitu bagi memastikan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di sini akan mendapat tempat di industri.
 
LT. KOL. BERSEKUTU (PA) ZAINAH BINTI RUJIHAN
Pengarah
Kolej Komuniti Selayang
Kementerian Pendidikan Malaysia