Sejarah Dan Latarbelakang KKSY

Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dengan menumpang di premis Sekolah Menengah Teknik Gombak dan berpindah ke premis tetap di Bandar Baru Selayang, bersebelahan dengan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang pada Mei 2006.

 Kolej Komuniti Selayang adalah institusi pendidikan terbuka kepada semua tanpa mengira batasan umur sebagai hab Pengajian Sepanjang Hayat dalam memberi latihan kemahiran berdasarkan permintaan industri dan keperluan semasa.

Kolej Komuniti Selayang (KKSY) merancang dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran program sepenuh masa dengan menawarkan tujuh (7) program sepenuh masa bagi mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah melalui pendidikan, latihan yang dinamik dan berkualiti. Kursus yang ditawarkan direka untuk mengemaskini pengetahuan dan membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baru dan kekal relevan seiring dengan industri yang bergerak ke hadapan. KKSY juga menawarkan Program Jangka Pendek di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Antara kemudahan dan fasiliti yang disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar:

  • Bilik-bilik Kuliah
  • Dewan Kuliah
  • Dewan Terbuka
  • Bilik Persidangan
  • Makmal Komputer Am
  • Makmal Komputer Animasi 2D & DGA 
  • Makmal Bahasa
  • Makmal Sains & Matematik
  • Makmal CADD 1, CADD 2 & CADD 3
  • Restoran KM16
  • Dewan Pameran
  • Studio Rekabentuk Dalaman
  • Perpustakaan
  • Bilik Kegiatan Pelajar
  • Kafeteria
  • Gimnasium
  • Bengkel Jahitan
  • Dapur Masakan
  • Cuci-cuci Laundry [Simulasi]
  • Aisha Nur Suite [Simulasi]
  • Surau
  • Cafe
  • Bengkel Salun
  • Kenderaan Kolej - Kereta, Bas & Coaster