Kolej Komuniti Selayang menawarkan sijil Fesyen dan Pakaian

Sinopsis

Merupakan satu program yang memfokuskan kepada kemahiran penghasilan pakaian seperti teknik pembuatan pola, jahitan dan rekaan pakaian. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menghasilkan baju kurung tradisional, pakaian kontemporari

dan pakaian lelaki. Pelajar juga akan didedahkan dengan penghasilan hiasan – hiasan pada pakaian yang telah dijahit seperti jahitan asas sulaman benang, sulaman manik dan labuci.

 Untuk Semester 1 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Sampel
  • Pola Asas Pakaian
  • Illustrasi Fesyen 
Untuk Semester 2 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Sulaman Tangan
  • Pakaian Tradisional Wanita 1
  • Pakaian Kontemporari Wanita 1 
Untuk Semester 3 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Senireka Fesyen
  • Pakaian Tradisional Wanita 2
  • Pakaian Kontemporari Wanita 2
Untuk Semester 4 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Sulaman Mesin
  • Pakaian Lelaki
  • Pakaian Kontemporari Wanita 3

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri Fesyen dan Pakaian.

 Syarat Kemasukan :
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
Prospek Kerjaya
  • Pembuat Pakaian
  • Pereka Pola Pakaian
  • Pembantu Pereka Pakaian
  • Pembantu Tenaga Pengajar
  • Usahawan / Perniagaan Sendiri