Kolej Komuniti Selayang menawarkan sijil Pastri

Sinopsis

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai cara pembuatan kek mengikut kaedah-kaedah tertentu. Ia merangkumi juga persiapan awal sebelum membuat kek, teknik mengeluarkan kek dari acuan,

cara mengendalikan mesin dengan betul dan sebagainya. Kaedah pembuatan kek, pembuatan roti, pembuatan dessert akan diberi penekanan khusus supaya pelajar akan memahami proses sebenar kaedah tersebut.

 Untuk Semester 1 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Kek
Untuk Semester 2  pelajar akan didedahkan dengan:
  • Hiasan Kek
Untuk Semester 3 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Roti
Untuk Semester 4 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Dessert
Untuk Semester 5 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Latihan Industri

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri Pastri.

 Syarat Kemasukan :
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
Prospek Kerjaya
  • Chef Pastry
  • Dessert Profesional
  • Cake Designer
  • Tenaga Pengajar Jemputan
  • Ahli Perniagaan