Kolej Komuniti Selayang menawarkan Sijil Rekabentuk Dalaman

Sinopsis

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang rekabentuk dalaman selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Program ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan gabungan kreatif, bentuk, fungsi bahan dan nilai estetika ke dalam ruang dalaman.

Untuk Semester 1 pelajar akan didedahkan dengan:
  • modul teras Rekabentuk Dalaman I
  • Lukisan Teknikal
  • CADD 2D 
  • Bahan Dalam Rekabentuk Dalaman
Untuk Semester 2 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Rekabentuk Dalaman II
  • Lukisan Terperinci Dan Spesifikasi
  • CADD 3D 
  • Sejarah Rekabentuk
Untuk Semester 3 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Rekabentuk Dalaman III
  • Anggaran Dan Kos Bahan dan Pembuatan Model

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri rekabentuk dalaman.

 Syarat Kemasukan :
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
  • 1 Kredit
Prospek Kerjaya
  • Pembantu Perekabentuk Dalaman
  • Pembantu Perekabentuk CADD
  • Pembantu Perekabentuk Lukisan 3D
  • Jururunding Hiasan Dalaman
  • Model Maker