Latihan Industri merupakan satu kursus penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara amnya tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja. Pelaksanaan kursus ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan kerajaan yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu). Pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fungsi Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni, 

  • Mengurus keperluan industri dengan Kolej Komuniti.
  • Merancang dan mengurus kolaborasi antara JPKK dengan universiti, industri, agensi, NGO, badan professional, badan pentauliahan dalam dan luar negara.
  • Mengurus MoU, MoA dan nota kolaborasi.
  • Mengurus dan menyelaras seminar/konferen/persidangan/dialog yang dianjur dengan kerjasama industri tempatan dan luar negara bagi memperoleh maklumat dan inisiatif baru.
  • Merancang, mentadbir dan mengurus hal-hal berkaitan pengesanan graduan kolej komuniti bagi Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Modular Kebangsaan.
  • Merancang dan mengurus program dan pembangunan alumni Kolej Komuniti.
  • Mengurus program pembangunan kebolehpasaran (employability) graduan Kolej Komuniti
  • Mengurus pembangunan modal insan sebagai tenaga kerja berkemahiran untuk 5 koridor wilayah pembangunan ekonomi.

Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2011-2013