Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran (JKK) Kolej Komuniti Selayang ditubuhkan bagi menyelaras dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan aktiviti pembelajaran & pengajaran (P&P) pelajar Diploma dan Sijil Kolej Komuniti . Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan (KJKK) iaitu Puan Rodziah Bt Ibrahim  dan dibantu oleh 5 Ketua Program  bagi setiap bidang SMK dan Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Selayang. Tenaga akademik profesional seramai 68 orang juga terletak dibawah jabatan ini. Kolej Komuniti Selayang meyediakan tenaga pengajar yang terlatih mengikut bidang yang diajar. Para Pengajar begitu komited dalam menjalankan tanggungjawab berkaitan dengan hal ehwal akademik, kebajikan, disiplin dan aktiviti luar pelajar seiring dengan matlamat menghasilkan pelajar yang kreatif, Dinamik dan Berinspirasi.

Kursus sepenuh masa yang ditawarkan adalah Sijil Rekabentuk Dalaman, Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Kulinari,Sijil Pastri,Sijil Operasi Perhotelan , Sijil Asas Kulinari (Kemahiran Khas) dan kini Kolej Komuniti Selayang telah menggugurkan Sijil Animasi dan menawarkan kursus yang lebih menarik iaitu Diploma Games Art.

Antara aktiviti luar pelajar dibawah seliaan tenaga pengajar ialah Kelab Brisk, Percussion KKSY, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, Kelab E-tech dan sebagainya. Tujuan aktiviti luar adalah bagi mendedahkan pelajar dengan masyarakat dan persekitaran bagi membentuk jati diri yang tinggi.