Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) dinaungi oleh Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (KJPSH) iaitu Hayati Binti Idris dan staf seramai 5 orang bagi menjalankan tugas merangka jadual kursus, helpdesk, promosi, pendaftaran dan persijilan. Jabatan ini mempunyai pengajar bertauliah untuk menjalankan kursus dan telah menetapkan sasaran sebanyak  3500 orang peserta (KPI JPKK). Peserta akan dilatih oleh tenaga pengajar bertauliah dan berpengalaman.  Kolaborasi pintar bersama agensi luar juga adalah antara strategi Kolej Komuniti Selayang dalam memartabatkan JPSH.

Golongan sasaran JPSH terdiri daripada pelajar sekolah, lepasan sekolah, pekerja industri, kumpulan profesional, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan, warga emas, surirumah, OKU (Orang Kelainan Upaya), badan bukan kerajaan dan lain-lain. Tujuan JPSH ialah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan. Jabatan ini bertanggungjawab mengurus, melaksanakan Program Kursus Pendek serta menyedia dan menawarkan pendidikan sepanjang hayat berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangkamasa singkat dan bermusim.

JPSH juga menganjur dan menyediakan kursus dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (learning comunities), menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat. PSH sentiasa menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosio ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pihak berkepentingan (stakeholders). Kolej Komuniti Selayang menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup. Antara kursus-kursus yang dianjurkan adalah Pastri Kulinari, Bahasa, Dekorasi, Automotif, Keusahawanan, Operasi Perhotelan, Fesyen dan Pakaian, dan Komputer Grafik.

Terkini, JPSH melaksanakan program PISH (Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat) iaitu kolaborasi bersama Pusat Pendidikan Islam Swasta seperti pusat-pusat Tahfiz, institusi pondok dan masjid seluruh Selangor. Program ini dilaksanakan secara pertukaran-kepakaran. Objektif PISH ialah menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada masyarakat dan menambah ilmu kepada pelajar-pelajar pusat tahfiz, institusi pondok dan kariah masjid diseluruh Selangor.