FAQ
..............................................................................................................
Soalan-Soalan Lazim:

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi kursus sijil sepenuh masa?

Tempoh pengajian minimum bagi kursus Sijil ialah selama 2 tahun (4 semester) di mana setiap pelajar akan menjalani Latihan Industri pada semester ketiga dengan jayanya dan tempoh maksimum ialah selama 5 tahun (10 semester).

Apakah syarat kemasukan bagi kursus - kursus yang ditawarkan?

Syarat kemasukan bagi kursus sepenuh masa ialah Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan SPM atau SPM (V) serta memenuhi syarat minimum LULUS Bahasa Melayu dan bagi kursus pendek ianya terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk mengikuti kursus pendek.

Bagaimanakan cara permohonan kursus boleh dibuat?

Permohonan bagi kursus sijil sepenuh masa boleh dibuat samada secara online di http://www.bpkk.edu.my atau datang sendiri ke mana-mana Kolej Komuniti berhampiran untuk membeli borang permohonan. Manakala permohonan kursus pendek boleh berhubung terus dengan kolej yang berkenaan atau dengan merujuk brochur atau iklan yang ditawarkan.

Berapakah yuran kursus yang dikenakan?

Bagi kursus sepenuh masa - RM200.00 adalah bayaran yang dikenakan untuk yuran pengajian dan di bayar pada setiap semester dan RM210 adalah bayaran yuran pelbagai di mana ianya hanya dibayar pada pendaftaran semester pertama sahaja. Bagi kursus pendek bayaran yuran dicaj antara RM5.00 ke RM20.00 dan bayaran pelbagai akan dikenakan tidak melebihi RM30.00.

Adakah Kolej Komuniti  menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar?

Kolej Komuniti Ledang tidak ada kemudahan asrama bagaimanapun pihak kolej akan membantu mencari rumah sewa untuk penginapan pelajar bagi semester pertama yang datang mendaftar.

Adakah sebarang pinjaman/elaun yang akan ditawarkan kepada pelajar?

Ya, ada. Pembayaran elaun dikenakan sebanyak RM250 sebulan kepada pelajar yang layak sahaja. Kepada yang tidak layak, pelajar boleh memohon membuat pinjaman yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Adakah lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ?

Ya, lulusan Kolej Komuniti boleh menyambung pengajian ke peringkat diploma di Politeknik melalui program 'bridging' selama 6 bulan dan pengajian diploma selama satu tahun atau meneruskan pengajian ke peringkat diploma yang ditawarkan di Kolej Komuniti. Seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di mana-mana universiti tempatan atau luar negara.

Adakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti diiktiraf?

Sebanyak 18 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti telah mendapatkan pengiktirafan daripada JPA manakala bakinya 4 kursus masih lagi dalam proses mendapatkan pengiktirafan. Berikut adalah senarai kursus yang telah mendapat pengiktirafan JPA:

1. Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu
2. Kursus Automotif
3. Kursus Pelukis Pelan Senibina
4. Kursus Penyenggaraan Bangunan
5. KursusTeknologi Pembinaan
6. KursusTeknologi Elektrik
7. Kursus Sistem Komputer dan Sokongan
8. Kursus Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
9. Kursus Multimedia Kreatif (Animasi)
10. Kursus Fesyen dan Pakaian
11. Kursus Hotel dan Katering
12. Kursus Teknologi Maklumat
13. Kursus Pelancongan dan Pengembaraan
14. Kursus Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
15. Kursus Perakaunan Perniagaan
16. Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara
17. Kursus Rekabentuk Dalaman
18. Kursus Landskap dan Pengurusan Nurseri



Empat lagi kursus sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan JPA iaitu:

Kursus Kecantikan dan Dandanan Rambut
Kursus Bakeri & Konfeksionari
Industri Seramik
Teknologi Pembuatan Perabot



Menu Utama  |     Latarbelakang     |     Lokasi       |   Webmail      |    FAQ    |