Fesyen & Pakaian
..............................................................................................................
Kursus ini merupakan satu kursus kemahiran yang meliputi berbagai bidang fesyen dan pakaian dimana pelajar akan memperolehi kemahiran untuk mereka fesyen dan menghasilkan pakaian.
Anatara topik yang dipelajari dalam kursus ini ialah rekaan fesyen, pola pakaian, teknologi membuat pakaian, sampel proses jahitan , illustrasi fesyen, senireka fesyen,hiasan pakaian, senireka CAD, strategi pemasaran dan kajian fabrik.
Kursus ini juga memfokus kepada kreativiti dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga memberi penekanan kepada pemahaman fabrik dan keusahawanan. Modul seni reka fesyen ditawarkan dalam tiga peringkat untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari sudut pemahaman mengenai daya intelektual dan artistik (seni) yang menentukan rekaan fesyen dan pakaian di pasarantempatan dan antarabangsa. Sepanjang kursus ini aspek amali akan ditegaskan supaya lepasan kursus ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi.
MENU UTAMA | CARTA ORGANISASI | PERTANYAAN | FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai :
- Pereka Fesyen
- Usahawan ( butik)
- Tailoring
- Perunding fesyen