Rekabentuk Dalaman
..............................................................................................................

Rekabentuk dalaman adalah proses merekabentuk ruang dalaman mengikut konsep dan gaya ruang berpandukan tema tertentu serta mengaplikasi segala prinsip rekabentuk seni bina. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka kerjaya dalam bidang hiasan dalaman serta melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang berkaitan.

Kursus ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan lukisan persembahan secara manual dan komputer , menyelesaikan masalah ruang dengan kreatif sejajar dengan permintaan pelanggan dan kehendak undang-undang kecil bangunan seragam, mempersembahkan idea dalam bentuk plan tampak, perspektif, aksonometri dan model serta mengenalpasti elemen warna, tekstur, corak dan kemasan yang sesuai untuk memenuhi kepuasan pelanggan dari segi fungsi dan nilai estetika.

Di samping itu, kursus ini membolehkan pelajarmembuat anggaran kos serta merekabentuk perabot bagi sesebuah cadangan rekabentuk dalaman.
MENU UTAMA      |       CARTA ORGANISASI    |        PERTANYAAN      |       FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai :

  • Perekabentuk Dalaman
  • Pembantu Arkitek
  • Usahawan
  • Perunding Hiasan Dalaman

      Info Terkini