2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Galeri Pelajar

       Terbaru
    Klik Disini
..............................................................................................................

YURAN PENGAJIAN


Yuran Pengajian : RM200 bagi setiap semester (kecuali pelajar yang menjalani Latihan Industri).


ELAUN DAN PEMBIAYAAN / PINJAMAN PENGAJIAN

  • Elaun sebanyak RM250 sebulan akan diberi kepada pelajar Kolej Komuniti yang layak sahaja (tertakluk kepada syarat dan perubahan) atau
  • Pelajar Kolej Komuniti yang tidak layak mendapat elaun, boleh memohon pinjaman Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebanyak RM6000 sepanjang tempoh pengajian (dua tahun) atau
  • Pelajar Kolej Komuniti juga boleh memohon biasiswa /pinjaman daripada penaja-penaja yang lain atau
  • Pelajar Kolej Komuniti juga boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana penaja atau badan (contohnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitulmal). Ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan penaja atau badan berkenaan.
KELAYAKAN MASUK
  •        Warganegara Malaysia
  •        Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  •        Calon-calon dari komuniti setempat akan diberi keutamaan


TEMPOH PENGAJIAN

Minimum 2 tahun atau 4 semester
Maksimum 5 tahun atau 10 semester

SISTEM PENGAMBILAN

Dua kali setahun iaitu Julai dan Januari.

PENGINAPAN
Asrama tidak disediakan tetapi pihak Kolej Komuniti akan membantu pelajar mendapatkan tempat tinggal.

Kursus Sepenuh Masa

CARA MEMOHON

Secara On-line:

  • Borang permohonan secara on-line hanya boleh diperolehi dengan menggunakan Nombor PIN.
  • Nombor PIN Kolej Komuniti boleh didapati di mana-mana cawangan BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) dengan harga RM6.00 mulai tarikh iklan disiarkan. Kad Pengenalan atau salinan kad pengenalan pemohon perlu dikemukakan.

Hasil Kerja

        Terbaru
      Klik Disini
Muat Turun

        Terbaru
      Klik Disini
  • Klik butang Borang Permohonan pada menu e-Borang di sebelah kiri dan laksanakan arahan seterusnya.
  • Borang Permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya mulai tarikh  diiklankan sehingga tarikh tutup permohonan.
  • Semakan data dan keputusan permohonan secara on-line hanya boleh dilakukan oleh calon yang memohon menggunakan kaedah ini sahaja.
  • PERHATIAN : Gunakan HANYA satu kaedah sahaja untuk membuat permohonan baru.

..............................................................................................................

  • Nombor PIN boleh digunapakai bagi permohonan untuk dua (2) sesi kemasukan iaitu Sesi Julai dan Sesi Januari pada tahun yang berikutnya.
Secara Manual :

  • Borang Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti dengan menggunakan Wang Pos berharga RM 6.00.
  • Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke mana-mana Kolej Komuniti yang berhampiran.

..............................................................................................................
      Info Terkini