Latarbelakang Kolej Komuniti Selayang
       _________________________________________________________________________________________________________________

Kolej Komuniti Selayang ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dengan menumpang di premis Sekolah Menengah Teknik Gombak. Bangunan Kolej Komuniti Selayang yang terletak di Bandar  Baru  Selayang,  bersebelahan dengan  Mahkamah Selayang dijadualkan  siap  pembinaannya pada  Mei 2006.  Prasarana  yang disediakan  akan  menampung  perlaksanaan kursus-kursus Fesyen dan Pakaian, Multimedia Kreatif Animasi, Hotel dan Katering, Bakeri dan Konfeksionari disamping kursus Rekabentuk Dalaman.

Kapasiti pelajar yang dirancang bagi Kolej adalah melebehi 1200 orang bagi 5 kursus formal lepasan SPM dan program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi masyarakat di daerah Gombak. Kolej Komuniti Selayang beralamat di Persiaran Pegawai , Km 16 Jln Ipoh 68100 Batu Caves Selangor. Keluasan keseluruhan bangunan adalah 3,402  mē.

>>   Misi

>>   Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri
Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang
berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai
kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti
setempat melalui pendidikan dan latihan.
Menu Utama  |     Latarbelakang     |     Lokasi       |   Webmail      |    FAQ    |