Pengajian Am
..............................................................................................................

Kursus ini merupakan kursus yang menggabungkan pelbagai bentuk latihan. Antara kursus yang ditawarkan adalah meliputi agama, komputer, pembangunan diri, english, sains, dan matematik. Kursus tesebut ditawarkan mengikut jadual yang disediakan dan juga permintaan dari peserta sendiri. Antara kursus yang dijalankan ialah berkaitan kemahiran komputer seperti , Microsoft Office, Perisian Adobe, Autocad dan lain-lain lagi. Bagi kelas bahasa pula, peserta turut ditawarkan dengan kursus seperti English for Communication – Basic 1, English for Communication – Basic 2 , English for Communication – Grammar Skill 1 dan  English for Communication – Grammar Skill 2 dan Pengucapan Awam.

Bagi kursus-kursus berkaitan agama pula , peserta boleh memilih kursus yang ditawarkan seperti Talaqi Al-Quran,Taranum Al-Quran, Kesempurnaan Solat, Pengurusan Jenazah, Kursus Haji dan Penulisan Khat. Bagi kursus yang berkaitan dengan pembangunan diri pula, kursus-kursus tersebut turut ditawarkan kepada para peserta yang berminat terutama sekali bagi menambah ilmu berkaitan pengajian am. Antara kursus yang ditawarkan berkaitan pengajian am ialah Khidmat Pelanggan , Interpersonal skills ,pengurusan stress , water rafting, berkayak, dan sebagainya. Peserta yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di Kaunter Pembelajaran Sepanjang Hayat Aras 2 Kolej Komuniti Selayang.



MENU UTAMA      |       CARTA ORGANISASI    |        PERTANYAAN      |       FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Kepada sesiapa yang berminat untuk
mengikuti kursus pendek anjuran kolej
komuniti selayang bolehlah mandaftar
di ruangan utama bahagian
pendaftaran kursus.Terima kasih.
------------------------------------------

Kursus pendek yang ditawarkan akan
memberi peluang kepada masyarakat
setempat khususnya untuk menceburi
dalam bidang perniagaan sendiri.

----------------------------------------

Sijil turut diberikan kepada peserta
yang menamatkan kursus dengan
jayanya.

-----------------------------------------

Yuran pendaftaran juga sangat
berpatutan serendah RM 10.