Kursus Automotif
..............................................................................................................

Kursus ini merangkumi bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan pengajian dan mendiagnosis enjin bermotor untuk kenderaan seperti kereta dan motosikal. Aspek penggunaan komputer dalam bidang automotif juga diberi penekanan. Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan penyenggaraan asas serta penjagaan kereta, Merombak rawat enjin , pembaikan kenderaan serta pelbagai sistem dalam kenderaan.

Para peserta juga diberi tunjuk ajar secara praktikal dengan menekankan aspek-aspek teknik penjagaan kereta yang berkesan. Di kolej Komuniti Selayang juga turut disediakan kemudahan yang mencukupi  untuk mengajar kursus tersebut. Alatan yang lengkap juga turut disediakan agar segala latihan yang dijalankan dapat berjalan dengan teratur. Sijil juga turut disediakan kepada sesiapa yang menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Yuran yang dikenakan amat berpatutan sekali dan tidak boleh didapati di tempat lain. Jadi rebutlah peluang tersebut dan jangan ketinggalan.
MENU UTAMA      |       CARTA ORGANISASI    |        PERTANYAAN      |       FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Kepada sesiapa yang berminat untuk
mengikuti kursus pendek anjuran kolej
komuniti selayang bolehlah mandaftar
di ruangan utama bahagian
pendaftaran kursus.Terima kasih.
------------------------------------------

Kursus pendek yang ditawarkan akan
memberi peluang kepada masyarakat
setempat khususnya untuk menceburi
dalam bidang perniagaan sendiri.

----------------------------------------

Sijil turut diberikan kepada peserta
yang menamatkan kursus dengan
jayanya.

-----------------------------------------

Yuran pendaftaran juga sangat
berpatutan serendah RM 10.