Seni Dekorasi
..............................................................................................................
Kursus seni dekorasi dapat melatih para peserta agar mahir dalam merekabentuk fabrik langsir, hiasan dalaman berasaskan konsep, asas pembuatan langsir, menjahit scallop dan juga lanskap dekorasi dalaman. Segala kemudahan yang disediakan di Kolej ini akan lebih memudahkan para peserta menjalani kursus tersebut dengan lebih sempurna. Peserta bukan sahaja didedahkan dengan teori semata-mata tetapi latihan praktikal juga diberikan kepada para peserta untuk memperlihatkan bakat masing-masing. Kemudahan yang lengkap di Kolej Komuniti Selayang untuk menjalankan kursus tersebut memudahkan lagi para peserta mempelajari segala jenis kursus yang disediakan.

Kepada peserta yang menitikberatkan soal ketelitian dalam menghasilkan sesuatu barangan hasil dari tangan anda, ini lah tempatnya dan pastinya anda tidak silap lagi. Peserta dapat menjimatkan wang dengan menghasilkan sendiri produk-produk atau barangan hasil dari kreativiti anda sendiri. Selain itu juga, yuran yang dikenakan amat berpatutan dan semenjak kursus ini dijalankan, terdapat banyak permintaan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kursus tersebut juga turut dijalankan pada hujung minggu supaya memudahkan para peserta yang hanya mempunyai masa lapang pada hujung minggu. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut, pastinya ia satu peluang yang amat berharga dan para peserta pasti akan berpuas hati.
                                                                             .

MENU UTAMA      |       CARTA ORGANISASI    |        PERTANYAAN      |       FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Kepada sesiapa yang berminat untuk
mengikuti kursus pendek anjuran kolej
komuniti selayang bolehlah mandaftar
di ruangan utama bahagian
pendaftaran kursus.Terima kasih.
------------------------------------------

Kursus pendek yang ditawarkan akan
memberi peluang kepada masyarakat
setempat khususnya untuk menceburi
dalam bidang perniagaan sendiri.

----------------------------------------

Sijil turut diberikan kepada peserta
yang menamatkan kursus dengan
jayanya.

-----------------------------------------

Yuran pendaftaran juga sangat
berpatutan serendah RM 10.