2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat
PSH merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan. Kursus - kursus yang ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak semasa dimana selaras dengan aspek pembangunan modal insan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masing - masing. Tenaga pengajar yang mahir menjadi teras utama mengapa masyarakat perlu mendekatkan diri untuk sama - sama melibatkan diri dengan kursus - kursus anjuran kolej komuniti setempat.
..............................................................................................................
Dasar
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 April 2005 telah menimbangkan Memorandum daripada Menteri Pengajian Tinggi no.296/2456/2005 dan bersetuju supaya Kolej Komuniti menjadi hub Pembelajaran Sepanjang Hayat ( PSH ).
..............................................................................................................
Kumpulan Sasaran
Kursus Pendek adalah terbuka kepada semua lapisan Warganegara Malaysia yang berminat seperti :-
- Pelajar
- Graduan
- Kakitangan Industri atau Swasta
- Kakitangan Jabatan atau Agensi Kerajaan
- Ahli Kumpulan Professional
- Pesara
- Warga Emas
- Suri Rumah
- Kanak - kanak
..............................................................................................................
Tempoh Kursus / Jadual Waktu / Sijil
- Tempoh kursus bergantung kepada sukatan kursus yang dirancang dan dipersetujui bersama antara pelanggan dengan pihak kolej komuniti
- Jadual waktu kursus bergantung kepada persetujuan bersama antara tenaga pengajar, peserta kursus dan juga pihak kolej komuniti
- Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang telah menghadiri kursus mengikut tempoh yang ditetapkan.