Jahitan
..............................................................................................................

Kursus jahitan yang dijalankan di kolej ini akan dapat mendedahkan para peserta dengan teknik-teknik jahitan yang lebih teratur dan kemas. Para pelajar juga turut di bekalkan dengan kemudahan seperti mesin jahit agar dapat memahami kursus yang diajarkan dengan lebih jelas. Kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti Selayang untuk menjalankan kursus jahitan amat mencukupi terutama sekali bagi  menampung permintaan dari setiap lapisan masyarakat bagi menghadiri kursus tersebut.

Para peserta juga turut diajar dari segi teori dan juga teknik memilih fabrik yang sesuai. Antara kursus yang terdapat di dalam seni  jahitan antaranya adalah jahitan manik, membuat sarung kerusi, sulaman tangan, seni gubahan hantaran, baju kurung, kebaya, jubah dan sebagainya bergantung kepada permintaan. Kursus ini juga dapat memberi peluang kepada peserta untuk mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru dan dapat dipraktikkan apabila telah tamat berkursus kelak.
MENU UTAMA      |       CARTA ORGANISASI    |        PERTANYAAN      |       FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Kepada sesiapa yang berminat untuk
mengikuti kursus pendek anjuran kolej
komuniti selayang bolehlah mandaftar
di ruangan utama bahagian
pendaftaran kursus.Terima kasih.
------------------------------------------

Kursus pendek yang ditawarkan akan
memberi peluang kepada masyarakat
setempat khususnya untuk menceburi
dalam bidang perniagaan sendiri.

----------------------------------------

Sijil turut diberikan kepada peserta
yang menamatkan kursus dengan
jayanya.

-----------------------------------------

Yuran pendaftaran juga sangat
berpatutan serendah RM 10.