Seni Kreatif
..............................................................................................................


Kursus seni kreatif ini ialah kursus yang melibatkan para peserta untuk menggunakan pemikiran yang kreatif dalam bidang - bidang yang diajar. Di dalam kursus seni kreatif para peserta boleh memilih latihan atau kursus yang dikehendaki dan antara kursus yang dijalankan dibawah bidang seni kreatif adalah seperti kelas asas bacaan notasi, asas bermain gitar, asas vokal,  seni lukis, asas tipografi, asas animasi, kursus eco-tourism, kursus flora dan fauna dan bermacam lagi kursus yang menarik menanti anda bagi sesiapa yang berminat.

Yuran yang dikenakan amat berpatutan sekali kerana ia menitikberatkan pembelajaran sepanjang hayat tidak mengira peringkat umur. Kursus ini akan diharapkan agar  dapat mengisi masa lapang para peserta terutama sekali ketika hujung minggu. Selain mendapat ilmu dari kursus yang dihadiri, para peserta dapat mempraktikkan segala apa yang dipelajari semasa kursus tersebut bagi menunjukkan kebolehan dan bakat para peserta yang selama ini terpendam begitu sahaja.






                                                                                                        



                                                                                   
MENU UTAMA      |       CARTA ORGANISASI    |        PERTANYAAN      |       FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.
Kepada sesiapa yang berminat untuk
mengikuti kursus pendek anjuran kolej
komuniti selayang bolehlah mandaftar
di ruangan utama bahagian
pendaftaran kursus.Terima kasih.
------------------------------------------

Kursus pendek yang ditawarkan akan
memberi peluang kepada masyarakat
setempat khususnya untuk menceburi
dalam bidang perniagaan sendiri.

----------------------------------------

Sijil turut diberikan kepada peserta
yang menamatkan kursus dengan
jayanya.

-----------------------------------------

Yuran pendaftaran juga sangat
berpatutan serendah RM 10.