Seni Kulinari
..............................................................................................................
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan masakan yang lebih berkualiti dan mengikut citarasa masing-masing. Antaranya penyediaan kek, penyediaan roti, penyediaan asas masakan barat , hidangan bunga marzipan, penyediaan biskut, penyediaan kuih tradisional, peranggu meja dan penyediaan asas masakan timur. Kelas Seni Kulinari dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap bulan.
Setiap peserta yang menghadiri kursus tersebut dapat mempelajari segala ilmu yang diajar oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang kulilnari. Latihan praktikal disediakan dimana peserta dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti Selayang untuk menjalankan kursus tersebut.
Segala keperluan untuk kursus tersebut disediakan oleh pihak kolej dimana peserta hanya perlu membayar yuran kursus yang sangat berpatutan. Peserta juga boleh memohon untuk belajar sesuatu masakan tetapi mestilah dalam kumpulan dengan jumlah minimum 6 orang. Kursus ini juga terbuka kepada semua peringkat umur, termasuk, warga emas,pelajar sekolah , golongan kurang upaya , semua penjawat awam serta swasta dan suri rumah.
MENU UTAMA | CARTA ORGANISASI | PERTANYAAN | FAQ
2005-2007 kkselayang. All rights reserved.