Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan yang dimuliakan...

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Komuniti Selayang (KKSY) serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti akan menganjurkan Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET (PERISA19), seperti berikut :

 

Tarikh     : 18-19 September 2019

Tempat : Kolej Komuniti Selayang, Selangor, Malaysia

 

2. PERISA2019 merupakan pertandingan untuk kali ke-5, sebagai salah satu platform untuk semua pensyarah TVET bersaing di platform untuk mengetengahkan produk inovasi masing-masing.

3. Tema PERISA19 pada kali ini adalah “INDUSTRI MEMACU INOVASI”

4. Terdapat beberapa anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Keseluruhan Kategori , Anugerah setiap Kategori disamping Anugerah Emas, Perak dan Gangsa. Peserta yang mengambil bahagian dalam PERISA2019 turut berpeluang untuk mengikuti sesi lawatan ke sekitar Kuala Lumpur secara percuma.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting program ini:

Tarikh iklan bermula : 29 April 2019

Tarikh pendaftaran bermula : 29 April 2019

Tarikh akhir pendaftaran & penghantaran abstrak, Poster Dan laporan : 18 Julai 2019

Tarikh Keputusan diumumkan   1-19 Ogos 2019

Tarikh akhir bayaran yuran penyertaan: 30 Ogos 2019

 

Semua Institusi di bawah TVET dijemput menyertai PERISA'19. Maklumat lanjut sila layari : www.perisa.org