Cadangan / Aduan

Pandangan anda amat kami hargai. Terima Kasih
By submitting this form, you accept our privacy policy.

Maklumbalas

 

Piagam Pelanggan

i.        Proses TVET dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut takwim dan kalender akademik perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);

ii.        Proses Pendaftaran Pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar;

iii.        Memastikan semua pelajar mendapat tempat latihan industri sebelum tarikh lapor diri;

iv.        Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas peperiksaan akhir tamat;

 v.        Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

Sejarah Penubuhan KKSY

Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dengan menumpang di premis Sekolah Menengah Teknik Gombak. Pada bulan Mei 2006,Kolej Komuniti Selayang berpindah ke Persiaran Pegawai, KM16, Jalan Ipoh, 68100 Batu Caves, Selangor dengan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang. Berkeluasan 3,402m2, Kolej Komuniti Selayang mampu menempatkan 1200 orang pelajar dalam satu masa.

Pendaftaran pertama bermula dengan pelajar-pelajar Sijil RekaBentuk Dalaman pada tahun 2003. Peningkatan sebanyak lima (5) kursus bermula pada bulan Julai 2007 dengan penawaran kursus Sijil Multimedia Kreatif Animasi, Fesyen dan Pakaian, Bakeri dan Konfeksionari, Hotel dan Katering Animasi dan Sijil Pendidikan Khas (masalah pendengaran). Bermula pada November 2013, Kolej Komuniti Selayang telah menawarkan Program Diploma in Games Art.

Kolej Komuniti Selayang adalah institusi pendidikan terbuka kepada semua tanpa mengira batasan umur sebagai had Pengajian Sepanjang Hayat dalam memberi latihan kemahiran berdasarkan permintaan industri dan keperluan semasa.

Kursus yang ditawarkan direkabentuk untuk mengemaskini pengetahuan dan membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baru dan kekal relevan seiring dengan industri yang bergerak ke hadapan.

PIAGAM PELANGGAN

KOLEJ KOMUNITI SELAYANG 

Kami staf KKSY menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa :

  1. Proses TVET dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut takwim dan kalender akademik perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
  2. Proses Pendaftaran Pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar;
  3. Memastikan semua pelajar mendapat tempat latihan industri sebelum tarikh lapor diri;
  4. Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas peperiksaan akhir tamat; dan
  5. Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

TANGGUNJAWAB PELANGGAN: 

KKSY akan melaksanakan Piagam pelanggan ini dengan cekap dan berkesan, apabila pelanggan;

  1. Memahami hak sebagai pelanggan;
  2. Mematuhi segala undang-undang, peraturan, arahan dan garis panduan yang berkaitan; dan
  3. Menggunakan kemudahan dan peralatan yang disediakan secara bertanggunjawab.