Cadangan / Aduan

Pandangan anda amat kami hargai. Terima Kasih
By submitting this form, you accept our privacy policy.

Maklumbalas

           

Kolej Komuniti Selayang menawarkan sijil Pastri

Sinopsis

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai cara pembuatan kek mengikut kaedah-kaedah tertentu. Ia merangkumi juga persiapan awal sebelum membuat kek, teknik mengeluarkan kek dari acuan,

cara mengendalikan mesin dengan betul dan sebagainya. Kaedah pembuatan kek, pembuatan roti, pembuatan dessert akan diberi penekanan khusus supaya pelajar akan memahami proses sebenar kaedah tersebut.

Semester 1 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Kek
Semester 2  pelajar akan didedahkan dengan:
  • Hiasan Kek
Semester 3 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Roti
Semester 4 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Pembuatan Dessert
Semester 5 pelajar akan didedahkan dengan:
  • Latihan Industri

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri Pastri.

Syarat Kemasukan :
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
Prospek Kerjaya
  • Chef Pastry
  • Dessert Profesional
  • Cake Designer
  • Tenaga Pengajar Jemputan
  • Ahli Perniagaan

 

Kolej Komuniti Selayang menawarkan sijil Kulinari

Sinopsis

Peserta akan didedahkan dengan teknik persediaan dan kemahiran memasak makanan barat bermula dari hidangan Sarapan Pagi, Hidangan Pembuka Selera, Hidangan Utama dan Pencuci Mulut. Peserta akan lebih menguasai latihan Hands on melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak yang betul yang digunapakai secara standard di industri.

Semester 1 pelajar akan didedahkan dengan:

 1. MASAKAN BARAT

  •   Pengenalan Masakan Barat
  • Sarapan Pagi
  • Hidangan Pembuka Selera
  • HIdangan Utama
Semester 2 pelajar akan didedahkan dengan:

 2. MASAKAN MALAYSIA

  •  Chinese Ethnic Food
  • Hawkers Ethnic Food
  • Malay Ethnic Food
  • Indian Ethnic Food
Semester 3 pelajar akan didedahkan dengan:

 3. ROTI DAN PASTRI (BREAD AND PASTRY)

  •  Pengenalan Kepada Roti dan Pastri (Fundamental of Bread and Pastry)
  • Asas Penyediaan Pastri dan Konfeksionari
  • Penghasilan Basic Cake dan Dekorasi
  • Malaysian Delights (Sweet)
Semester 4 pelajar akan didedahkan dengan:

 4. ART OF GARDE MANGE

  •  Showpiece
  • Cold Cuts
  • Display And Arrangement
  • LATIHAN INDUSTRI

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri Kulinari.

 Syarat Kemasukan :
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
Prospek Kerjaya
  • Chef sebagai profession
  • Jurumasak, Penyelia Dapur, Pembantu Dapur
  • Chef Selebriti dan Pengacara Masakan.
  • Ahli Perniagaan