Cadangan / Aduan

Pandangan anda amat kami hargai. Terima Kasih
By submitting this form, you accept our privacy policy.

Maklumbalas

[INFO BAKAL PELAJAR KKSY]

 

Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Baharu ke KKSY :

Soalan 1 : Macam mana cara ingin memohon memasuki KKSY?


Jawapan : Permohonan boleh dilakukan secara :


1) Atas talian (online) di laman sesawang berikut www.jpkk.edu.my 
2) Walk in ke KOLEJ KOMUNITI SELAYANG dengan mengisi borang permohonan di Kaunter Pengambilan, Aras 2 KKSY

Permohonan secara walk in, pemohon perlu membawa bersama SALINAN berikut:


1. Slip Keputusan SPM
2. Kad Pengenalan
3. Sijil-sijil berkaitan

 

Soalan 2 : Kolej ada menyediakan rumah sewa?

 

Jawapan : KKSY tidak menyediakan rumah sewa, tetapi akan ada Ahli jawatankuasa kolej yang akan membantu pelajar mendapatkan rumah sewa berhampiran kolej. Kaunter rumah sewa akan dibuka sewaktu Hari Pendaftaran berlangsung.

 

Soalan 3 : Saya nak tanya pasal pakaian semasa di Kolej Komuniti?
uniform atau bebas?

 

Jawapan : Pakaian bebas, menutup aurat dan sopan. Namun bagi kursus Hospitaliti (Kulinari, Pastri, Operasi Perhotelan), pakaian tertakluk kepada uniform yang telah ditetapkan sewaktu proses pembelajaran.

 

Soalan 4 : Bagi intake march 2015, bila tarikh kemasukan pelajar baru, pertengahan bulan tiga, atau hujung bulan tiga? Sebab kami ingin membuat persiapan.

 

Jawapan : Hari Pendaftaran bagi Ambilan Mac adalah pada 25 Februari 2015, Namun bagi pelajar Lepasan SPM 2015, Keputusan peperiksaan diumumkan pada 3 Mac 2015, Oleh itu, pelajar masih boleh memohon ke KKSY sehingga 11 Mac 2015 melalui pendaftaran secara Walk in di KOLEJ KOMUNITI SELAYANG dengan mengisi borang permohonan di Kaunter Pengambilan, Aras 2 KKSY

 

Soalan 5 : Bile next intake ya?

Jawapan : Ambilan Pelajar Baharu mengikut Program seperti berikut :

 

1) DIPLOMA GAMES ART

Ambilan Pelajar Baharu : Julai

 

2) SIJIL KOLEJ KOMUNITI BERMODULAR (SKKM) :

(KULINARI, OPERASI PERHOTELAN, PASTRI, FESYEN DAN PAKAIAN)
Ambilan Pelajar Baharu : Mac, Julai, Nov

 

3) SIJIL KOLEJ KOMUNITI BERTERUSAN (SKKT) :

 

(REKABENTUK DALAMAN) :
Ambilan Pelajar Baharu : Mac, Julai, Nov

 

4) SIJIL KOLEJ KOMUNITI (PENDIDIKAN KHAS) :
(SIJIL ASAS KULINARI KHAS)

 

Ambilan Pelajar Baharu : Mac, Nov

 

Soalan 6 : Bagi kursus panjang kolej ini,berapa wang saku diberi kepada orang oku

 

Jawapan : Wang saku RM300 setiap semester

 

Soalan 7 : Student fesyen utk kos 16-20bulan, ada tak menjalani latihan industri di luar kolej?

 

Jawapan : Ada Latihan Industri. Untuk fesyen, 16 bulan dikolej, 4 bulan Latihan Industri.

 

Soalan 8 : macam mana kita nk Mohon kolej komuniti selayang,kalau result spm kita gagal blh Ke kita mohon

 

Jawapan : Anda boleh memohon ke program SIJIL MODULAR KEBANGSAAN PERSEDIAAN (SMKP) 
*SMKP adalah program persediaan untuk laluan ke Sijil Kolej Komuniti 
(SIJIL KULINARI, OPERASI PERHOTELAN, PASTRI, FESYEN DAN PAKAIAN, REKABENTUK DALAMAN)

 

SYARAT KEMASUKAN :
- WARGANEGARA MALAYSIA
- TAMAT TINGKATAN 5
- UMUR 17 TAHUN KE ATAS

 

YURAN PENGAJIAN :
RM50 / 3 BULAN