PIAGAM PELANGGAN
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
Kami staf KKSY menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa :
- Proses TVET dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut takwim dan kalender akademik perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
- Proses Pendaftaran Pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar;
- Memastikan semua pelajar mendapat tempat latihan industri sebelum tarikh lapor diri;
- Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas peperiksaan akhir tamat; dan
- Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
TANGGUNJAWAB PELANGGAN:
KKSY akan melaksanakan Piagam pelanggan ini dengan cekap dan berkesan, apabila pelanggan;
- Memahami hak sebagai pelanggan;
- Mematuhi segala undang-undang, peraturan, arahan dan garis panduan yang berkaitan; dan
- Menggunakan kemudahan dan peralatan yang disediakan secara bertanggunjawab.